Sunday, December 7, 2008

PostHeaderIcon SEJARAH KUMPULAN EXISTS

Exists First Album : exist

Exists di tubuhkan pada akhir Mac 1991. Bermula dengan 6 orang anggota yang di tukar ganti di awal penubuhannya. Mereka bersekolah di beberapa buah sekolah yang berbeza namun semuanya berasal dari Johor Bahru pada ketika itu. Anak-anak muda belasan tahun ini telah menandatangani kontrak sebagai artis rakaman dengan syarikat produksi iaitu Jojos Productions. Exists sempat menghasilkan dua buah album iaitu Exist / Exist (1991) (Lagu Hit : Untuk Mu Ibu / Rahsia Pohon Cemara) dan Exist / Anugerah (1993) (Lagu Hit : Janji Padamu / Anugerah).

Exists telah meninggalkan syarikat produksi Jojos Productions pada akhir 1994 dengan menggunakan proses undang-undang. Keputusan mahkamah telah menyebelahi mereka namun penyanyi kumpulan ini telah menarik diri dan keluar meninggalkan kumpulan ini. Exists yang kental semangatnya tidak berputus asa, lantas satu uji bakat telah di adakan untuk mencari penyanyi yang baru sebagai ganti. Hasil uji bakat yang di jalankan dengan di sertai lebih 200 peserta,Exists telah berjaya mendapat seorang penyanyi baru yang berasal dari utara tanahair,iaitu Ezad.

Exists : Diammu Gunung Berapi

Exists meneruskan langkahnya dengan menerima tawaran kontrak dari syarikat rakaman antarabangsa BMG Music Malaysia. Album ketiga (pertama di BMG) diedarkan iaitu album Exist / Diammu Gunung Berapi (1995) (Lagu Hit : Alasanmu / Masih Terserlah Ayumu) yang juga diedarkan di Indonesia setahun berikutnya dan membuahkan satu kejayaan yang amat besar!!!

Exists : Jangan Gentar

Bermula dari album ke empat Exist telah menambahkan huruf “S” sebagai tambahan dalam ejaan nama kumpulan iaitu EXISTS seolah satu tanda bahawa mereka mahu peminat peka tentang kewujudan Exists di dalam industri muzik tanahair dengan kekuatan, keazaman dan penghasilan yang di senangi oleh peminat, lalu album keempat di hasilkan iaitu Exists / Jangan Gentar (1997) (Lagu Hit : Mengintai Dari Tirai Kamar / Hani Lempengnya Hangus)

Exists : Mutan

Album Exists yang kelima ialah Exists / Mutan (1998) (Lagu Hit : Dirantai Digelangi Rindu / Kapal Terbang Kertas) dan yang terakhir bersama BMG ialah sebuah kompilasi Best Of Exists (2000) (Lagu Hit : Bunga)

Exists : ADA Exists : Seperti Dulu

Exists telah menandatangani kontrak yang baru dengan syarikat rakaman tempatan NAR Records dan sudah menghasilkan 3 buah album setakat ini iaitu Exists / ADA (2001) (Lagu Hit : Jesnita / Julia) dan Exists / Seperti Dulu (2003). (Lagu Hit : Seperti Dulu / Percayakan Siti).
Setelah bertahun-tahun dalam dunia seni tanahair, Exists makin di senangi peminat tanah air sendiri selain popular di Indonesia, Brunei dan Singapura. Anggota kumpulan Exists juga terlibat dalam industri muzik secara tidak langsung dengan membuat kerja-kerja di belakang tabir, dimana setiap ahli kumpulan ini terlibat sebagai pemuzik undangan, komposer, penerbitan album, penulisan lirik serta lakonan untuk memastikan bakat dan daya kreativiti mereka di tingkatkan .

Selepas itu Exists telah melahirkan Album Kelapan yang berjudul Exists / Paragon salah satu album Experimental serta “Sound Baru Exists”. Lagu “Penisilin” single yang pertama berunsurkan nasihat adalah satu evolusi baru dari Exists.

Dan sebagai menghargai jasa-jasa Waliwalak Exists & Peminat-peminat Exists Seluruh Tanah Air, Maka lahirlah Album Exists / Special Edition. Dengan membuat perubahan semula lagu-lagu yang terdapat dalam Album Paragon serta menambah 1 lagu “Buat Kita (Kasih Seharum Mawar”, 2 Lagu Jepun “Onaji Mamade” & “Ushinatta Ano Omoide“. Tidak lupa juga 1 lagu lama yang telah digubah semula iaitu “Mengintai dari tirai kamar“.

Dengan adanya Experimental Dari Exists dan juga sokongan dari peminat-peminatnya yang tidak pernah putus, kewujudan mereka akan sentiasa memberikan sesuatu yang segar pada masa akan datang.

Exists 2008

Kini exists telah menggantikan vokalis mereka yang dahulu iaitu ezad kepada vokalis baru, joey. Beliau merupakan vokalis ketiga exists sepanjang perjalanan muzik mereka. Semoga dengan kehadiran joey, exists akan terus melonjak ke puncak semula.


PENCAPAIAN:

Anugerah & Pencapaian Yang Dimiliki Exists.

  1. Album PopRock Terbaik - Anugerah Industri Muzik (AIM) 2004
  2. Kumpulan Paling Popular - Anugerah Majalah URS 2004
  3. Artis Duo/Kumpulan Popular - Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003
  4. Artis Duo/Kumpulan Popular - Anugerah Planet Muzik 2003
  5. Band Pilihan - Anugerah Era 2003
  6. Lagu Rock Pilihan (Lagu : Percayakan Siti) - Anugerah Era 2003
  7. Peringkat Akhir Anugerah Juara Lagu 2003 - Lagu : Percayakan Siti - Kategori Pop Rock
  8. Peringkat Akhir Anugerah Juara Lagu 2002 - Lagu : Julia - Kategori Pop Rock
  9. Juara Carta Era 2002 - Lagu : Jesnita - Anugerah Era 2002
  10. Juara 100 Terhangat Di Era 2002 - Lagu : Jesnita
  11. Calon akhir Anugerah Planet Muzik 2003 - Kategori : Album terbaik, Lagu terbaik
  12. Calon akhir Anugerah Planet Muzik 2002 - Kategori : Album terbaik, Lagu terbaik, Duo/Kumpulan Popular
  13. Separuh akhir Anugerah Juara Lagu 2000 - Lagu : Bunga - Kategori Balada
  14. Separuh akhir Anugerah Juara Lagu 1999 - Lagu : Dirantai Digelangi Rindu - Kategori Balada
  15. Peringkat Akhir Juara Lagu 1994 - Lagu : Anugerah -Kategori Pop Rock
  16. Peringkat Akhir Juara Lagu 1992 - Lagu : Untuk Mu Ibu- Kategori Balada


aiyfa zainuddin

Powered By Blogger

ShoutMix chat widget

kawan-kawan

Chococat is a registered trademark of Sanrio Co., Ltd. ("Sanrio"), and the images are copyrighted by Sanrio.