Monday, July 25, 2011

PostHeaderIcon KONVOI KE JANDA BAIK.(HWC.SELANGOR.- HONDA WAVE CLUB SELANGOR AREA) & YAMAHA.

Assalamualaikum wbt, sakit badan & otak sbb baru lepas exam dan uruskan masalah kolej aku yang tak selesai2 dari aku start studey..menyusahkan aku aje. Aduhai...sorrylah, kalau yg mana ada fb aku tak nampak bayang2 or kelibat aku on9 tu. Paham2lah aku tengah bz aek. Okeys, lupakan...sekarang aku nak update blog aku dengan cerita baru aku. Yes...24/07/2011, ahad baru2 nieh aku follow up konvoi dengan HWC.Selangor. & yamaha ke Janda Baik. Bersantai dan mandi-manda di sungai Janda Baik. Planing pada hari jumaat malam sabtu sewaktu mesyuarat untuk aktiviti konvoi sahur pada pertengahan bulan 8 ( bulan puasa ) nieh & Ride HWC 1 Malaysia ke Kelantan pada bulan 10. So, ahad pepagi lagi aku dah ke Petronas area danau kota menunggu kawan2 yg dok area sini. Dlm pkl 8.30pg dengan dah siap breakfest, kita org bergerak ke Tol Gombak, menunggu ahli2 group dari Klang & Shah Alam. Dekat 2 jam menunggu ahli2 yg lain....ditambahkan lagi dengan road-block dilaluan moto di tol gombak tu. Sambil aku menunggu 2 jam tu, aku dpt gak tengok2 superbike, nakedbike dan supercar...perh !!! Mengidam2 aje keta2 mcm tu, tapi maybe jauh untuk merasa or tak akan merasa. Adesss....sedih2. Haha, selepas 2 jam.....baru semua ahli sampai. So, masing2 bertolak pecut ke Janda baik. Perjalanan cuma mengambil masa setengah jam sahaja. Seperti biasa, sampai sahaja ada yang mandi sungai, bersembang, ada yang merendek dengan awek masing2 dan ada yang buat kerja gila dengan aksi terjun dengan pelbagai aksi. Mandi tidak lama, gara2 mendung dan hujan....mandi-manda dlm 4 jam, then bergegas gerak ke Hentian Genting Sepah untuk mengisi perut yang kelaparan dan berteduh dari hujan yang turun lebat. Dlm 1 jam jugak kami lepak2 sambil sembang. Selesai sahaja kami bertolak pulang ke tempat masing dengan pelbagai aksi...haha. Paham2lah kan....so aku pun stop sampai sini sebelum aku merepek2 lagi. Okeys, ada apa2 lagi aku updatelah blog aku.

aiyfa zainuddin

Powered By Blogger

ShoutMix chat widget

kawan-kawan

Chococat is a registered trademark of Sanrio Co., Ltd. ("Sanrio"), and the images are copyrighted by Sanrio.