KURSUS PENGURUSAN ASAS MENYELAMAT AKUATIK ( SPINAL INJURY ) - SIRI 2/2011
Assalamaualaikum wbt kepada semua sahabat blogger ku, waithing for me update blog aek? Haha~~!!! Sorry2, aku buntu nak masukkan ape benda disebabkan aku bukan hardcore sgt dah dgn blog nieh. Nak cari mood balik,halamak…payah ya amat. Ari nieh aku nak selitkkan sikit aktiviti yg aku lakukan baru2 nieh. Tarikh 24hb mei 2011, aku ke putrajaya, persint 6 untuk menjalani kursus Pengurusan Asas Menyelamat Akuatik ( Spinal Injury ) – Siri 02/2011. Anjuran Kolej Komuniti Hulu Selangor, dengan kerjasama Persatuan Menyelamat Akuatik Putrajaya dan Persatuan Penyelamat Kelemasan Malaysia. Kursus nieh berlangsung selama 3 hari bermula dari hari selasa ( 24 Mei 2011 ) hingga khamis ( 26 Mei 2011 ). Pelbagai aktivit dilakukan dalam kursus selama 3 hari nieh. Hari pertama 24 Mei 2011, pada pukul 8pagi,mcm biasa pendaftaran peserta dan taklimat sikit. Selepas tu disusuli dengan Kelas Teori CPR, Kelas Praktikal CPR, dan Kelas Teori Menyelamat Akuatik. Hari pertama tamat pada pukul 6ptg. Walaupun hari pertama nieh banyak ceramah, belajar teori dan ada praktikal, aku tekun mendengar & membuat praktikal dengan semangat gile. Sebab aku memang minat bab2 nieh, yelah…untuk diri sendiri jugakkan tolong org lain. Kalau budak2 zaman sekarang, nak gi ceramah, kursus, or ape2 yg berkaitan, jangan haraplah nak pergi dah. Pemalas & bosan, piker nak happy aje. So berbalik pada cerita aku tadi. Malam selasa tu aku bersemangat untuk tunggu keesokan harinya. Hehe, nak taw sebab ape? Semuanya gara2 aku esok aku akan lakukan aktiviti di air. Masuk hari ke-2 25 Mei 2011, aku datang dengan bersemangatnya. Haha..yes2, time to play. Kah3..dah macam budak2 aku bila dapat main dgn air. Ok, dah2..merepek aje kau nieh. Pkl 7.30pg, aku dah terpacak kat tempat kursus tu. Ahli2 lain tak sampai lagi, rupa2nya aku sorang yg terlebih semangat. So lepaklah aku sampai pkl 8pg. Adalah 2 & 3 org baru sampai, ajak gi breakfast. So, gi lah breakfast, ringan2 aje lah. Tepat pkl 8.30pg, kelas start. Semua ahli tukar pakaian yg sesuai untuk masuk ke kolam renang. Aktiviti hari tu, dimulakan dengan senaman pagi. Selesai sahaja, aktiviti diteruskan dengan Praktikal Asas Renang dan Keyakinan Di Air, Praktikal Menyelamat Akuatik-Penggunaan Peralatan, selesai sahaja semua rehat makan tengah hari dan rehat selama 2 jam. Selesai sahaja rehat pada pukul 2 ptg, aktiviti bersambung dengan Praktikal Menyelamat Akuatik-Kecederaan Spinal sampailah tamat pada pukul 6ptg. Sesudah aktiviti untuk hari ke-2 nieh selesai, aku pulang sampai tak larat kaw2nye. Balik saja kerumah aku, aku terus tido tak ingat ape dah. Keesokan harinya 26 Mei 2011, pada tarikh ini adalah hari penutup untuk kursus ini. Bermula pada pukul 8.30pg, semua peserta kenalah pulak menjawap Ujian Teori CPR & Ujian Teori Menyelamat Di Air. Selamat 2 jam menjawap akhirnya selesai. Setelah selesai, semua peserta mendengar syarahan dari Pengarah Kolej Komuniti dan menyampaikan sijil taman latihan. Pada pukul 12tgh hari, majlis selesai. Walaupun letih, tapi puas hati & berbaloi. Penat pulak menaip panjang2 nieh. Haha, okeys semua. Sampai sini aje dulu coretan aku. Penat2..haha, okeys. Bye. Tralalala~!!!